Dharmala N.S. - Dewan Bahasa dan Pustaka
menegurnya kerana terlalu lemah dalam karangan. Tetapi guru Matematiknya, Cikgu Shaharuddin Ishak menaruh harapan tinggi kepadanya kerana Dharmala N.S. baik dalam pelajaran Matematik dan Sains. Budak lelaki yang dulunya begitu asing dengan sastera, akhirnya memilih sastera dan penulisan sebagai sebahagian daripada nadi hidupnya. Dharmala N.S. menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Triang dari tahun 1953 hingga 1958. Beliau meneruskan itu Dharmala belajar sendiri dengan menghadiri kelas malam. Pada tahun 1970 Dharmala menyertai sebuah parti politik pembangkang secara aktif serta menjadi pembantu kepada seorang Ahli Dewan Rakyat. Kecenderungannya terhadap politik begitu mendalam sehingga pada tahun 1974, mendorong Dharmala mengambil keputusan untuk bertanding dalam pilihanraya sebagai calon Democratic Action Party (DAP) bagi kerusi Parlimen kawasan Jelebu menentang calon Barisan Nasional, Rais Yatim
|
Firdaus Abdullah - Dewan Bahasa dan Pustaka
yang terlibat dalam banyak bidang. Selain seorang ahli akademik (sosial saintis), beliau juga berpengalaman dalam bidang kewartawanan, penyair, malah pernah berlakon dalam filem Esok Masih Ada, arahan Jins Shamsuddin. Namun begitu, beliau lebih menonjol sebagai penyair di samping aktivis sastera, malah beliau lebih dikenal sebagai penyair yang kental dengan “semangat kedaerahannya” atau “keminangkabauannya” dan ini sering terserlah dalam karya-karya kreatifnya Mimpi. Tidak lupa Firdaus menuangkan juga rasa kudus seorang hamba terhadap Yang Maha Esa sebagaimana yang terlihat dalam puisi-puisi “Lailatul Qadar”, “Terawih”, dan “Iqra”, juga terdapat dalam Prisma Mimpi. Begitu juga dengan peristiwa-peristiwa sejarah seperti peristiwa Pasir Salak dan perjuangan tokoh-tokoh nasionalis tanah air seperti Aminuddin Baki, Zulkifli Muhammad Bostamam, tetap diingati kembali menerusi karya-karyanya. Pada akhir |
Mahaya Mohd. Yasin - Dewan Bahasa dan Pustaka
belajar, Mahaya telah berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kreatif dan Deskriftif pada tahun 1982. Selepas mendapat ijazah, kerjaya Mahaya terus berkembang. Kalau pada peringkat awal profesionnya sebagai guru, beliau mengajar di sekolah rendah, tetapi selepas mendapat ijazah, Mahaya ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Sri Ampangan, Seremban dari tahun 1982 hingga 1985. Selepas Prosa Warisan, MASA Enterprise, 1993. Mahaya telah berkesempatan mengikuti Program Pertukaran Belia Malaysia – Kanada pada tahun 1972 sebagai mewakili Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA). Program ini adalah satu penghargaan yang begitu dihargainya dan telah mendorong beliau untuk terus menulis. Beliau adalah satu-satunya penulis wanita kelahiran Negeri Sembilan yang tidak jemu-jemu mencari ruang dan waktu untuk menghasilkan karya demi memperkayakan
|
S.M. Noor - Dewan Bahasa dan Pustaka
ini di tengah-tengah perkembangan kesusasteraan tanah air lebih dirasakan dalam ketiga-tiga buah genre tersebut. “Saya tidak tahu kenapa penulis sekarang tidak berminat menghasilkan skrip drama, terutamanya drama pentas. Kalau kita perhatikan sekarang, penulis-penulis yang muncul lebih banyak tertumpu kepada puisi, cerpen dan novel. Saya kira penulis-penulis muda khasnya perlu mencuba dan menyemarakkan lagi pertumbuhan drama tanah air pada tahun 1986, di bawah kelolaan David Instance dari BBC, London. Sungguhpun beliau lebih menumpukan perhatian kepada penulisan skrip drama TV, namun genre novel, cerpen dan drama pentas tidak ditinggalkan begitu sahaja. Beliau baru sahaja selesai menulis sebuah novel sejarah berunsur Islam berjudul “Al Infitar” yang agak tebal dan sedang dalam proses untuk diterbitkan. S.M. Noor adalah antara penulis yang |
Johan Jaafar - Dewan Bahasa dan Pustaka
di pekan Semerah, tempat Johan belajar sehingga tingkatan lima. Dalam tulisan beliau, “Mencari Cinema Paradiso” (Hai, 4 Ogos 1996), beliau menulis bagaimana filem arahan Giuseppe Tomatore berjudul “Cinema Paradiso” itu begitu mengesankan kerana “ia menceritakan tentang diri penggila filem seperti saya. Ia mengingatkan saya pada filem-filem yang saya tonton di sebuah panggung buruk di sebuah pekan yang bernama Semerah…” Bermula Bahasa), Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Budaya, Dewan Pelajar, selain Dewan Siswa. Di bawah pimpinan beliau, Dewan Masyarakat buat pertama kalinya mencecah edaran melebihi 100,000 naskhah sebulan. Begitu juga Dewan Pelajar dan Dewan Siswa. Malah beliau meluaskan dimensi majalah itu apabila beliau menekankan unsur laporan penyiasatan dan laporan lapangan. Dewan Masyarakat yang membawa slogan “Berita, Maklumat, Ilmu” telah
|
|
Puisi |
---|
|
Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu.
Lihat selanjutnya... |
|