Kata |
Takrif |
Sumber |
misalnya | contohnya; umpamanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
misalnya | contohnya; umpamanya. | Kamus Pelajar |
umpama | 1. (sesuatu yg dijadikan) perban-dingan, ibarat, misal: yg disebutnya tadi hanya sbg ~ sahaja; 2. = ~nya sesuatu yg dijadikan contoh, misalnya: banyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama lada kecil atau merica dan karet; 3. = spt ~ = seumpama sama halnya dgn, tidak ubahnya spt, misalnya, sebagai: budak-budak ~ rebung, boleh di-lentur dan dibentuk; 4. sesuatu yg hanya dijadikan misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai: itu hanya ~, bukan sungguh-sungguh; 5. = ~ kata = ~nya = seumpama, umpamakan jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai kata: ~ engkau banyak wang, apa yg hendak kaubuat?; seumpama hari hujan, ke mana kita hendak lari?; umpamakan engkau pergi merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dgn masyarakat asing?; bukan (tidak) ~ lagi berlaku tidak sopan, tidak hormat lagi kpd; seumpama 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; berumpama menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dgn umpama; mengumpama sl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd segala indera dan dewa; mengumpamai 1. sl sama dgn, menyamai, menyerupai; 2. = mengumpamakan memberi hormat kpd, menghargai, menghormati; mengumpamakan 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; terumpamakan dapat disamakan atau diban-dingkan dgn yg lain yg sepertinya: pantai putih bersih tak ~; perumpamaan 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn, ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yg banyak dan berlapis-lapis pd ungkapan-ungkapan katanya; 2. sj peribahasa yg berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain (umumnya mengandungi ajaran); 3. sesuatu yg dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perpuluhan berkod perduaan(binary coded decimal) | Sistem mengekod data dengan angka perpuluhan asas 0 hingga 9 diwakili oleh angka perduaan empat bit yang setara (misalnya, 1 = 0001 dan 9 = 1001). Mengikut sistem ini, sebarang angka perpuluhan akan diceraikan kepada angka yang berasingan dan kemudian digantikan dengan nombor perduaan yang setara. Misalnya, 473 dalam sistem perpuluhan = 0100 1001 0011 perpuluhan berkod perduaan. Sistem ini digunakan untuk memudahkan penukaran nombor perpuluhan kepada bentuk nombor yang lebih sesuai untuk mesin dan penukaran sebaliknya. Singkatan BCD. | Kamus Komputer |
andai kata | misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mis. | kep misalnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andai kata | misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? | Kamus Pelajar |
seandainya | , andai kata misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
andai | ; seandainya, andai kata misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? mengandaikan menganggap sesuatu peristiwa (perkara dsb) mungkin berlaku; memisalkan. andaian contoh atau misalan yg dibuat, pendapat atau kesimpulan (bukan semestinya satu kenyataan); anggapan: Jangan mudah membuat ~ terhadap seseorang. berandaian mempunyai atau membuat andaian: Dia ~ bahawa segala-galanya berjalan lancar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelarisan | perihal laris, lakunya: misalnya, setiap akhbar yg diterbitkan dlm negeri ini saling mengumumkan ~ akhbar masingmasing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
example | follow sos ~>, mengikut /teladan, contoh/ sso; for ~, misalnya, contohnya, umpamanya; make an ~ of so., menghukum sso sbg peringatan kpd yg lain: the teacher made an ~ of the boy who was always late, guru tersebut menghukum budak yg selalu lewat itu sbg peringatan kpd yg lain; set an ~ (to so.), /menjadi, menunjukkan / /contoh, teladan/ (kpd sso), /mencontohi, meneladani /sso: an older brother should set a good ~ to the younger one, abang sepatutnya menjadi contoh yg baik kpd adik; set a /good, bad/ ~, menjadi /teladan, contoh/ yg /baik, buruk/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
instance | at /sos ~, the ~ of so./, (fml), (at sos request) atas permintaan sso: I did it at the ~ of my colleagues, saya melakukannya atas permintaan rakan-rakan sekerja saya; for ~, misalnya, umpamanya, contohnya; in the first ~, (in the first place) pertamanya, pertama-tamanya; (initially) pd /mulanya, mula-mulanya/: we should have made sure the calculations were correct, in the first ~, pertamanya, kita sepatutnya memastikan bahawa kiraan itu betul; in the first ~ we were very happy with the results but later had misgivings, pd mula-mulanya kami gembira dgn keputusan itu, tetapi kemudiannya kami berasa ragu-ragu; in this ~, dlm /perkara, hal/ ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
as | a picture of Yi Ping ~ a student, gambar Yi Ping semasa dia seorang mahasiswi; he sang ~ he walked along, dia bernyanyi semasa (dia) berjalan or dia berjalan sambil bernyanyi; 5. (indic similarity) like, a. (foll by n and usu preceded by such) seperti, misalnya, contohnya: lofty mountain ranges, (such) ~ the Andes, banjaran pergunungan yg tinggi seperti banjaran Andes; in such circumstances ~ (those which) I have described above, dlm keadaan seperti yg sudah saya nyatakan di atas; b. (foll by clause or prepositional phrase) seperti, sebagaimana: I carried on the business ~ my father did, saya meneruskan perniagaan itu seperti yg dilakukan oleh bapa saya; he was not fat then ~ he is now, pd waktu itu dia tdk gemuk seperti sekarang ini; leave the sentence ~ it is, biarkan saja ayat itu seperti yg ada; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
account | akaun | Ekonomi | Tiada | 1.Rekod yang mencatatkan kegiatan dan urus niaga ekonomi untuk suatu tempoh tertentu. Misalnya, akaun pendapatan negara dan akaun imbangan pembayaran. 2. Rekod yang mencatatkan kedudukan kewangan individu, firma, dan kerajaan pada suatu masa atau dalam suatu tempoh tertentu. Misalnya, akaun simpanan individu dan akaun untung rugi firma. |
leakage | bocoran | Ekonomi | Tiada | 1. Aliran keluar perbelanjaan daripada aliran pusingan pendapatan sesebuah ekonomi yang mengurangkan tingkat pendapatan negara. Misalnya, import mengurangkan perbelanjaan keluaran dalam negeri, manakala cukai dan tabungan mengurangkan perbelanjaan penggunaan. 2. Aliran keluar dana kewangan daripada sistem bank yang boleh mengurangkan perkembangan stok wang. Misalnya, apabila orang ramai lebih gemar memegang wang tunai daripada menyimpannya sebagai deposit bank. |
acrolith | akrolit | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bentuk arca atau ukiran, misalnya wajah seorang tokoh yang mempunyai kepala, tangan dan kaki, yang diperbuat daripada batu dan bahan lain. Umpamanya, bahagian kepala yang diperbuat daripada batu disambungkan dengan bahagian lain yang diperbuat daripada batu marmar atau batu kapur yang mempunyai mutu batuan yang berbeza. |
tax base | asas cukai | Ekonomi | Tiada | Asas untuk mengira cukai. Misalnya, jumlah pendapatan dijadikan asas cukai pendapatan, nilai harta yang dimiliki dijadikan asas cukai harta, dan nilai barangan yang dijual dijadikan asas cukai jualan. |
boundary layer | lapisan sempadan | Sains Sukan | Biomekanik | Garisan aliran arus (misalnya udara) yang paling hampir dengan sesuatu objek. |
autoallopolyploid | autoalopoliploid | Biologi | Tiada | Individu alopoliploid yang mempunyai kromosom ganda, misalnya autoaloheksaploid (6n-AABBBB) dan autoalooktaploid (8n=AAAABBBB). |
autoallopolyploid | autoalopoliploid | Biologi | Tiada | Individu alopoliploid yang mempunyai kromosom ganda, misalnya autoaloheksaploid (6n-AABBBB) dan autoalooktaploid (8n=AAAABBBB). |
viral fever | demam virus | Kejururawatan | Tiada | Demam akibat jangkitan virus, misalnya influenza dan beguk. |
antifreeze agent | agen antisejuk beku | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahan kimia misalnya etilena glikol yang ditambah ke dalam bahan penyejuk enjin untuk meningkatkan takat didih dan menurunkan suhu beku air. |
flaxseed ore | bijih biji beluru | Geologi | Tiada | Mendapan endapan yang mengandung besi, misalnya bijih clinton, terdiri daripada oolit hematit berupa bentuk cakera yang telah agak terpipih selari dengan satah pelapisan. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
sitorong | pandangan dengan ekor mata misalnya sebagai tanda kurang senang atau tidak suka dengan perbuatan atau perangai orang, jelingan, lihat ngitorong | ngitorong | kerlipan, kerlingan | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
tiju | tunjuk, tuding | - | - | tiruok ~ | - | saling memaki hamun sambil menunding (misalnya sewaktu bertengkar) | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
tikuong | tempang tangan | - | - | timang ~ | - | keadaan orang yang membawa barangan banyak sambil berjalan (misalnya membawa barang yang berat dan banyak) | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ibau | amalan utk mengelakkan malapetaka akibat mentertawakan binatang belaan, misalnya anak monyet dll yg hendak dibela, diletak di dlm kuali atau periuk bersama-sama dgn jepitan dan kipas daun nipah yg kemudian diletakkan di atas tungku tanpa api supaya esok l | Melanau Mukah | |
sebaliek | penyataan yg diungkapkan dlm bentuk negatif utk menyatakan keadaan yg sebaliknya, misalnya tidak sombong yg bermaksud ramah, litotes. | Melanau Mukah | |
banding | banding (a) bandingan: nadai ~ tiada bandingan; (b) perbandingan; perumpamaan; metafora: ambi ka ~ misalnya; andainya; (c) = manding; | Iban | |
kalau | kalau; 1 kata penghubung kata sendi utk menyatakan syarat atau keterangan, jika, jikalau: ~ belum suheang melou tetep menugan kalau musuh menyerang kami tetap melawan; 2 seandainya, sekiranya, misalnya; 3 bagi, menurut: ~ gak kou a yen patut nukum menurut | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
nyamai Ib | wangi, aroma. | Kalau dia berlakikan orang kerajaan, misalnya kalau dia mahu membeli gincu, bedak atau minyak bau nyamai, dia boleh minta duit. Tetapi kalau dia terperuk di kampung sahaja, atau berlakikan orang kampung dan hidup cara kampung, hangit celah ketiak pun tidak terbersihkan, inikan pula hendak berbedak berwangi-wangian. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kependekan |
Keterangan |
Sumber |
mis | misalnya | KD4/KIMD |
|
|