Kata |
Takrif |
Sumber |
melawan | : jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengidas | memilin dua atau tiga utas benang dll menjadi satu: jikalau diukur, sama panjang, jikalau diidas sama besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
idas | Mn; mengidas memilin dua atau tiga utas benang dll menjadi satu: jikalau diukur, sama panjang, jikalau diidas sama besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jikalau | kata penghubung yg menyatakan syarat (janji); kalau: Saya akan mula bekerja besok ~ tuan membenarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jikalau | kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendesa | sl melalui (merentasi) desa: jikalau kita berjalan menurut pesisir ini, sebulan lamanya, dan jikalau berjalan ~, dua puluh hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enggan jikalau | sl kecuali (melainkan, jika tidak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jika | , jikalau kata penghubung yg menyatakan syarat (janji); kalau: Saya akan mula bekerja besok ~ tuan membenarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jika | , jikalau kata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau: ~ dibenarkan, tentu saya akan pergi; ~ (se)kiranya seandainya; ® kalau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepertinya | 1. jikalau, seandainya, sekiranya: ~ engkau diajak mahukah engkau pergi? 2. selayaknya, semestinya: maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dgn ~; 3. umpamanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
if | conj 1. on condition that, jikalau, jika, kalau, sekiranya: ~ you are in doubt, ask, kalau ragu-ragu, bertanyalah; 2. in the event that, supposing that, andai kata, (se)andainya: ~ war were to break out, what would you do?, andai kata perang berlaku, apa yg akan kamu buat?; 3. whether (... or not) sama ada ... atau tdk: let us see ~ he can do it, kita lihat saja sama ada dia boleh membuatnya atau tdk; 4. also even ~, even though, alau...pun, walaupun, sungguhpun: ~ we did not raise the matter, somebody else would, walaupun kita tdk menimbulkan perkara itu, orang lain akan menimbulkannya; even ~ we catch the express, we will still be late, kalau kita naik kereta api ekspres pun, kita akan terlewat juga; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hazard | ~ a guess, mencuba mengagak: if I may ~ a guess, I think she's in her late thirties, jikalau saya hendak mencuba mengagak, saya fikir dia berusia lewat tiga puluhan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
and | 3. along with, dan, serta, (berserta) dengan: the Sultan ~ his retinue, Sultan dan para pengiring baginda; 4. as a consequence, dan [n] pun, lalu: I was rude ~ she lost her temper, saya berlaku kasar dan dia pun naik darah; 5. (indic action consequent on previous action) jika, kalau, jikalau: move ~ Ill shoot, jika bergerak, saya tembak; 6. and then, dan, lalu: whe picked up a stone ~ threw it at the dog, dia mengutip seketul batu dan melemparkannya kpd anjing itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
correlative verse | rangkap rumpun | Kesusasteraan | Puisi | Rangkap asal yang mempunyai kaitan atau hubungan langsung secara timbal balik dengan rangkap berikutnya, terutama dari segi pemikiran. Contohnya, pantun berkait ataupun puisi balada. Sinonim rangkap korelatif. Jikalau hidup tidak sembahyang ibarat rumah tidak bertiang. |
kit'ah | kit'ah | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berkembang dalam kesusasteraan Arab-Parsi. dalam unsur Arab kit'ah bermakna berkerat-kerat, terputus-putus atau berpatah-patah. Lazimnya bentuk kit'ah ini tidak dikongkong oleh sesuatu ikatan sama ada pola, irama mahupun rima. Tema dan persoalan yang diungkapkan dalam baris-baris kit'ah ini berkisar pada nasihat atau panduan hidup masyarakat. Bentuk kit'ah ini dapat dilihat pada contoh yang dipetik daripada buku Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Jikalau kulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kudapat bezakan pada antara rakyat dan sultan. Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman. Barangsiapa yang di atas bumi itu lenyap jua. |
qi?ah | qi?ah | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional yang berupa gubahan puitis yang mengandungi tidak kurang daripada dua bait serangkap, dan tiada had bagi bilangan baitnya. Ada pandangan mengatakan, satu-satu qitah tidak boleh melebihi 12 bait, namun ada yang menyatakan baitnya boleh menjangkau 20 bait, atau melebihi 30 bait. Walau bagaimanapun qitah yang afdal dan penulisnya dipandang tinggi jika dia berjaya menukil kurang daripada 12 bait dan matlamat nukilannya tercapai. Antara cabang qitah ialah al-qasidah dan al-ghazal. Contoh qitah yang dicipta oleh Anvari adalah seperti yang berikut: Hark e say-i bad kunad dar haqq-i khalaq Hamchu say-i khish d binad jaza,; Hamchunin farmudad dar nub,; Laysa lilk-insni illa ma-sa`a. Ertinya: Sesiapa bertindak buruk kepada Tuhan sekalian makhluk, Dia kan melihat balasan buruk seperti tindakan itu, Bak kata Allah dalam al-Quran, Tiada balasan kecuali apa diusahakan! Dalam sastera Arab, qitah ialah puisi yang terdiri daripada empat hingga enam bait. Dalam sastera Melayu, qitah ialah sejenis puisi yang panjangnya tidak menentu dan iramanya tidak teratur, isinya mengandungi pengajaran yang baik dan nasihat yang berguna. Contohnya, qitah yang dipetik daripada Tajus-Salatin oleh Bukhari al-Jawhari: Jikalau kaulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kau dapat bedakan pada antara rakyat dan sultan, Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman, Kullu man alayha fan, Barang siapa yang di atas bumi itu lenyap jua. Lihat juga al-ghazal, al-qasidah. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: Gajah putih di tengah rumah (jawapannya kelambu) Manis di mulut masam di rambut (jawapannya: gula-gula getah) Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
barang II | 1 menurut; sesuka (hati): ~ ko apai menurut bapaku; 2 jikalau; kalau: ~ pas, belauk dagin jikalau kamu bersusah-payah kamu pasti dapat daging: ~ kering bulih maioh agi jikalau kamu kuat kamu dapat lebih banyak; 3 apa atau apa-apa saja; sesiapa saja; sebar | Iban | |
jika | jikalau mun. | kedayan | |
dika | jika, kalau, jikalau. | Melanau Mukah | |
amun I | jika, kalau, jikalau. | Melanau Mukah | |
kalau | kalau; 1 kata penghubung kata sendi utk menyatakan syarat atau keterangan, jika, jikalau: ~ belum suheang melou tetep menugan kalau musuh menyerang kami tetap melawan; 2 seandainya, sekiranya, misalnya; 3 bagi, menurut: ~ gak kou a yen patut nukum menurut | Melanau Mukah | |
belalan I | papar, belakang parang; ~ pareang amun nasak agei lok manyit (papar parang kalau diasah nescaya tajam) prb belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
jikalau | [ji.ka.lau] | جکالاو |
|
Tesaurus |
---|
| jikalau | | Rujuk :jika |
|
Puisi |
---|
|
Dari Acheh bersapu tangan, Gajuk tiang mana nak cabut; Jikalau kasih menghantar teman, Jikalau sayang berbilang rambut.
Lihat selanjutnya... |
|