Baharuddin Kahar - Dewan Bahasa dan Pustaka
Syarikat yang dikendalikan cuma bertahan selama dua tahun sahaja dan mulai tahun 1988 Baharuddin sekali lagi meninggalkan tanah air bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Sumatera Utara, Medan, Indonesia tetapi kerana sebab-sebab tertentu, beliau tidak berdaya menamatkan pengajiannya itu. Keterlibatannya dalam dunia penulisan bermula daripada pembacaan novel Salina karya A. Samad Said. Ketika itu Baharuddin baru menjangkau usia 17 tahun oleh seorang buruh di lombong. Semasa mengusahakan projek penulisan ini, Baharuddin diberi bayaran tunai untuk membuat penyelidikan dan sara hidup bulanan selama satu tahun. Kejayaan Baharuddin dalam bidang penulisan bukan hanya kerana bakat yang dimilikinya, tetapi disokong kuat oleh penelitian, pengalaman dan pembacaan yang luas. Karya-karya Baharuddin sama ada cerpen, puisi novel, mahupun banyak mengangkat kehidupan insaniah dan kemanusiaan. Beliau
|
Sharif Putera - Dewan Bahasa dan Pustaka
awal di Sekolah Rendah Petai Bubus (Kampung Tengah) dan Bukit Tunggal hingga darjah tujuh. Beliau pernah ditawarkan belajar dalam Special Malay Class dan Menengah Inggeris tetapi tidak dipersetujui oleh keluarganya kerana beranggapan bahawa sekolah Inggeris akan mencorak-carikkan kehidupan Melayunya (Islamnya). Untuk itu, beliau pernah dihantar oleh keluarganya belajar di sebuah sekolah pondok, namun jiwanya amat bertentangan dengan kehendak keluarganya dan persekolahan ini hanya berlangsung beberapa bulan sahaja. Ketika Jabatan Pendidikan memerlukan guru yang tamat darjah tujuh, Sharif mengemukakan permohonan dan akhirnya lulus ujian kelayakan. Pada 1 Julai 1958, beliau terpilih menjadi guru pelatih |
A. Samad Said - Dewan Bahasa dan Pustaka
Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka. Sumbangan A. Samad Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan sesudahnya. Semasa berumur enam bulan, Samad dibawa oleh keluarganya ke Singapura dan beliau mendapat memandikan saya, menyuapkan makan saya dan menidurkan saya sudah tidak ada lagi.” Pekerjaan pertama Samad Said ialah sebagai kerani di Hospital Umum Singapura. Beliau berasa beruntung bekerja di hospital itu kerana amat sukar baginya mendapat kerja di mana-mana pun pada waktu itu. Tetapi, di hospital itu, beliau tidak lama bekerja dan hanya dapat bertahan selama enam bulan saja. Samad kemudian
|
Shahnon Ahmad - Dewan Bahasa dan Pustaka
Derdap, Sik, Kedah Darul Aman. ALAMAT : 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. SHAHNON AHMAD sebagai pengarang tidak payah diperkenalkan lagi dalam kesusasteraan Melayu. Beliau bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong, atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana di Universiti Sains Malaysia, tetapi kerana beliau adalah seorang penulis berbakat, serius dan mempunyai falsafahnya sendiri. Shahnon bukan menulis |
Dharmala N.S. - Dewan Bahasa dan Pustaka
9/1, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. SEMASA di bangku sekolah, minatnya terhadap sastera tidak pernah ada, malah guru bahasanya, Cikgu Zaharah Haji Awang sering menegurnya kerana terlalu lemah dalam karangan. Tetapi guru Matematiknya, Cikgu Shaharuddin Ishak menaruh harapan tinggi kepadanya kerana Dharmala N.S. baik dalam pelajaran Matematik dan Sains. Budak lelaki yang dulunya begitu asing dengan sastera, akhirnya memilih sastera dan penulisan sebagai sebahagian daripada nadi hidupnya. Dharmala N.S
|
Usman Awang - Dewan Bahasa dan Pustaka
Takzim. ALAMAT : 4, SS 1/33, Kampung Tunku, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. USMAN AWANG sebagai seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Kerana itu nama Usman Awang paling terkenal di kalangan pengkaji dan peminat sastera Melayu pada pelbagai peringkat dan golongan. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan keteguhan terhadap tradisi baharu sastera kita. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah pudar dan sentiasa dapat menyesuaikan dirinya dalam pelbagai zaman dan situasi. Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanya setakat sekolah Melayu sahaja. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau untuk meneruskan pendidikannya. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus |
Nazel Hashim Mohamad - Dewan Bahasa dan Pustaka
1, Rumah Tengah Padang, Batu 3/4, Bohor Temak, 01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan. NAZEL HASHIM MOHAMMAD bercita-cita untuk menjadi penulis sejak di bangku sekolah. Namun, cita-cita itu hanya dapat dipupuk sewaktu mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Di sana, beliau mula mengenali penulis-penulis muda yang sudah mendapat tempat dalam dunia penulisan, iaitu Kemala, Ali hidup “Library and Information Science Honor Society”, Amerika Syarikat. Sekembalinya dari Amerika Syarikat, Nazel dilantik sebagai Penolong Pengarah (Perpustakaan) di Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Oleh kerana beberapa sebab peribadi, Nazel memohon kembali mengajar. Mulai 1 Mac 1983, beliau ditempatkan semula di Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Kangar. Sejak itu Nazel terus mengajar di beberapa buah sekolah
|
Amil Jaya - Dewan Bahasa dan Pustaka
tahun 1962, Amil Jaya bertugas sebagai guru pelatih di Sekolah Sukarela Rakyat di sebuah kampung terpencil, iaitu Kampung Wangkod, Tenghilan. Selain menjadi guru pelatih, sekali gus beliau menjadi guru besar kerana beliau satu-satunya guru di sekolah tersebut dan menjadi tenaga pengajar kepada enam buah kelas, iaitu dari darjah satu hingga darjah enam. Semasa menjadi guru di sekolah ini, Amil Jaya berusaha meningkatkan kelulusan akademiknya. Pada setiap hari Sabtu, beliau bergegas dari rumah ke jalan raya terdekat. Perjalanannya bermula pada jam 4.00 pagi kerana mengejar satu-satunya bas dari Tenghilan ke Tamparuli, untuk menghadiri kelas bahasa Inggeris di Tamparuli khusus untuk guru-guru. Kelas bahasa Inggeris ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Sabah. Amil Jaya |
Muhammad bin Haji Salleh - Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhammad bin Haji Salleh, Sasterawan Negara ) LAHIR : 26 Mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan. ALAMAT : 254, Jalan 6, Taman Sekamat, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. MUHAMMAD BIN HAJI SALLEH hanya mula dikenali umum di tanah air sebagai penulis pada akhir tahun 1960-an meskipun beliau sebenarnya telah menulis lebih awal lagi. Beliau banyak menghabiskan usianya di luar negara dan mula Sikap dan fikiran beliau tercermin kepada bentuk puisi yang padat dan kata-kata yang kurang mengandungi emosi. Beliau secara sedar berusaha menggunakan bahasa yang tidak biasa dipakai oleh penyair lain. Kerana itu terdapat pembentukan ungkapan-ungkapan baru untuk memberikan ketepatan dan ketajaman makna dalam puisi-puisi beliau. Namun dalam ungkapan yang baru dan asli itu, kadang-kadang terasa terlalu asing pula
|
Sabda S - Dewan Bahasa dan Pustaka
Al-Attas, Johor Bahru sebagai tempat untuk memenuhi kemahuan keluarganya. Baru dua tahun menuntut di sekolah ini, iaitu pada tahun 1966, beliau telah ditawarkan belajar di Kolej Islam Klang. Oleh kerana terlalu gembira dengan pencapaian itu, datuk dan ayahnya telah menjual sekeping tanah untuk membiayai pelajarannya di kolej tersebut. Pada tahun 1970, beliau berpindah ke Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya hinggalah kolej berkenaan ditutup kerana dijadikan sebahagian dari Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1971. Beliau kembali semula ke Kolej Islam Klang dan menamatkan pengajiannya untuk setahun lagi. Semasa di Kolej Islam Malaya, Petaling |
|
|