KANDUNGAN
majmuk ini terdiri daripada dua ayat inti setara, tanda koma sebelum dan tidak diperlukan sama sekali. Contohnya: (a) Dia membeli buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Pelajar. (b) Dia suka makan buah rambutan dan langsat. Walau bagaimanapun, tanda koma boleh diletakkan sebelum dan jika pemisah bahagian ayat itu perlu dibuat untuk mengelakkan kekeliruan makna. Contohnya: (c) Setakat ini, kita sudah membina beberapa prosedur dan tatacara untuk melaksanakan projek tersebut, dan prosedur yang kita gunakan ini sudah diterima pakai oleh beberapa buah institusi negara ini. (d) Antara buku yang laris jualannya termasuklah Kamus Dewan, Kamus Pelajar, Pedoman Ejaan dan Sebutan Baku, dan Tatabahasa Dewan. 3. Pesalah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati
|
bimbingan berkarya-menulis skrip drama
kawasan itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh lampu elektrik yang muram. Kelihatan Inah mengekorinya. Seketika dia memerhatikan kelakuan wahab. Dari jauh kedengaran muzik mengalun dari antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh lampu. Wahab bersiul-siul kecil dan mendendangkan lagu keroncong “Kemayuran”. WAHAB (Menyanyi) Kiri jalan, kanan pun jalan Nona manis endung disayang Lateralala lala lala…. Di pohon mengkudu Kirim jangan Pesan pun jangan Sama-sama Menanggung rindu. Ketika ini Inah ikut sama menyanyi INAH & WAHAB Kirim jangan Pesan pun jangan Sama-sama Menanggung rindu… Inah tepuk tangan. Wahab terkejut Inah di sisinya. INAH : Ada apa Hab, kau nak jumpa aku? WAHAB : Banyak perkara. INAH : Apa yang boleh kutolong? WAHAB : Kau tolong aku seperti kau tolong Hashimoto INAH |
|
Puisi |
---|
|
Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.
Lihat selanjutnya... |
|