ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
equal opportunities | peluang setara | ESG | Hak dan akses terhadap semua kemudahan organisasi yang diberikan kepada semua pekerja pada setiap peringkat pekerjaan, termasuk fasa prapekerjaan. Peluang ini terkandung di dalam Akta Kesamarataan 2010, United Kingdom. |
community engagement | keterlibatan komuniti | ESG | Pelibatan komuniti secara langsung dalam semua aspek pembuatan keputusan dan pelaksanaannya untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta mengoptimumkan peruntukan sumber dalam pelbagai keadaan. |
whole-of-society approach | pendekatan segenap masyarakat | ESG | Pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua pihak berkepentingan seperti kerajaan, perniagaan, masyarakat dan individu dalam merancang dan melaksanakan strategi untuk menangani cabaran alam sekitar dan sosial serta memastikan tadbir urus yang baik. |
ethical practice | amalan beretika | ESG | Penerapan nilai etika terhadap tingkah laku organisasi dalam semua aspek seperti tadbir urus korporat, amalan pekerjaan, hubungan pemegang kepentingan, amalan perakaunan dan tanggungjawab korporat. |
inclusive supply chain | rantaian bekalan terangkum | ESG | Kaedah memperoleh barangan, perkhidmatan atau bahan mentah dengan mempertimbangkan keterlibatan semua pemegang kepentingan termasuk pembekal kecil, wanita dan komuniti terpinggir secara adil dan saksama. |
water stewardship | urus selia air | ESG | Pengawasan dan pengawalan penggunaan air secara adil, saksama, lestari dan menjana pulangan ekonomi yang melibatkan semua pemegang kepentingan terhadap sesebuah kawasan tadahan air. |
bio-based value chain | rantaian nilai bioasas | ESG | Jalinan aktiviti dalam produk dan perkhidmatan berasaskan sumber flora dan fauna yang melibatkan keseluruhan rantaian nilai merangkumi semua peringkat penyelidikan, penghasilan, pengedaran, penggunaan dan pelupusan. |
Fair Labour Standard Act (FLSA) | Akta Piawaian Buruh Adil (FLSA) | ESG | Akta yang melindungi pekerja daripada amalan buruh yang tidak adil dengan menetapkan gaji minimum, bayaran lebih masa dan piawaian bagi buruh kanak-kanak yang terpakai dalam semua sektor. Akta ini merupakan undang-undang persekutuan Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1938. |
|
Tesaurus |
---|
| semua (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,
2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,
3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,
|
|
Puisi |
---|
|
Kain tanjung kain pelikat, Semua sudah dijahit enjin; Bunga berjunjung teguh berikat, Tidak bergoyang ditiup angin.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 375 All men must die Semua orang pasti mati. Singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal. Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat. Hanya Tuhan sahaja yang daim. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|