Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
document type definition (DTD) | definisi jenis dokumen (DTD) | Set pernyataan yang mendefinisikan komposisi kandungan, ciri-ciri dan struktur teks secara formal. |
error-tagging | penandaan ralat | Proses menandai jenis kesalahan berdasarkan kod yang ditetapkan dalam korpus pelajar. Lazimnya kesalahan tatabahasa, ejaan dan sebagainya. |
corpus balance | keseimbangan korpus | Julat pelbagai jenis bahasa atau genre yang dicakupi oleh korpus mengikut perkadarannya. |
common core hypothesis | hipotesis teras sepunya | Teori yang menunjukkan semua jenis bahasa Inggeris mempunyai ciri-ciri asas utama yang sepunya, yang hanya berbeza dari segi kuantitatif dan bukan secara kualitatif. |
documentation | dokumentasi | Manual pembinaan korpus yang lazimnya mengandungi maklumat seperti tujuan dan reka bentuk termasuk saiz, jenis teks, pensampelan, set tanda dan sebagainya. |
distribution | taburan | 1. Faktor dalam mereka bentuk korpus. Taburan teks mengambil kira kadar dari segi sumber, saiz dan jenis teks bagi memastikan keterwakilan sesebuah korpus. 2. Kaedah analisis data korpus. Taburan kekerapan sesuatu kata mengikut genre teks. |
design | reka bentuk | Proses pertama dalam pembinaan korpus. Reka bentuk korpus bergantung pada tujuan dan kegunaannya bagi menentukan jenis, kandungan, struktur, saiz teks dan sebagainya. |
representativeness | keterwakilan | Ciri korpus yang menggambarkan komposisi populasi sesuatu bahasa mengikut kriteria dan tujuan pembinaan korpus. Antara kriterianya ialah jenis teks, jumlah teks, dan saiz data korpus yang dibangunkan. |
|
|