Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
homogeneity | kehomogenan | Konsep dalam reka bentuk korpus, iaitu teks hanya diambil dari satu sumber atau sumber yang setara. |
pedagogic corpus | korpus pedagogi | Korpus yang digunakan untuk pengajaran bahasa yang hanya terdiri daripada bahasa yang telah didedahkan kepada pelajar di dalam bilik darjah. |
skeleton parsing | penghuraian rangka | Set prosedur penghurai ayat yang dipermudahkan. Penghuraian rangka dilakukan secara manual dan perisian hanya digunakan untuk mempercepatkan kemasukan data. |
lexical richness | kekayaan leksikal | Ukuran dan pengiraan kata leksikal dalam sesuatu teks atau korpus melalui kiraan kata leksikal yang hanya digunakan sekali. Lihat juga lexical density. |
common core hypothesis | hipotesis teras sepunya | Teori yang menunjukkan semua jenis bahasa Inggeris mempunyai ciri-ciri asas utama yang sepunya, yang hanya berbeza dari segi kuantitatif dan bukan secara kualitatif. |
factor analysis | analisis faktor | Kaedah statistik untuk menganalisis set data yang mempunyai banyak pemboleh ubah. Analisis ini mengurangkan pemboleh ubah yang banyak kepada hanya beberapa pemboleh ubah utama melalui pengelompokan pemboleh ubah yang sama cirinya. |
Constituent Likelihood Automatic Word-tagging System (CLAWS) | Sistem Penandaan Kata Automatik berasaskan Kebolehjadian Unsur (CLAWS) | Perisian yang menandai golongan kata berdasarkan korpus dengan menerapkan pendekatan penyahtaksaan kebarangkalian, bukan hanya berdasarkan peraturan tatabahasa semata-mata. |
|
Puisi |
---|
|
Budak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati.
Lihat selanjutnya... |
|