Pantun |
Sumber |
Tema |
Satu hari tidak ke ladang, Habis kangkung dililit padi; Satu hari tidak kupandang, Habis jantung diremuk hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yakin habis tidakkan habis, Percaya diri tiang usaha; Kain tipis tidak berlapis, Dibawa mandi orang menganga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kalau habis kainku ini, Hamba tidak berkain lagi, Kalau berkain kainnya lusuh, Kain sarung hamba sulamkan; Kalau habis main kita ini, Hamba tidak bermain, Kalau bermain di kampung jauh, Sama sekampung hamba haramkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Manggis sudah ditebuk tupai, Gugur tidak masih di dahan; Habis sudah harta digadai, Tumpang tidur ditepi jalan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Burung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Lama tuan tidak ke ladang, Habis padi dililit kangkung; Lama tuan tidak dipandang, Rasa putus mahligai jantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bersembang-sembang sampai senja, Pujuk isteri tidak dipeduli; Ada wang habis dibelanja, Esok hari bergadai berkuli. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Sapu tangan berisi bunga, Itu bernama bunga cempaka; Kalau tidak dengan bencana, Habis kuharu orang di kota. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Bila masak cepat ditebang, Rasanya manis bagaikan gula; Supaya tidak mendapat malang, Sengketa habis hilanglah bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Satu hari tidak ke ladang, Habis kangkung dililit padi; Satu hari tidak kupandang, Habis jantung diremuk hati.
Lihat selanjutnya... |
|