Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang lambat tentu terlambat, Hendak berlari kaki pengkar; Jambang lebat bulu pun lebat, Banyaklah isteri lari gementar | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak musang berjalan malam, Bila terlambat induknya marah; Sejak bujang makan yang haram, Bila tak taubat dikutuk Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Batang rambat berjela-jela, Apatah lagi batang keladi; Sedang terlambat bagaikan gila, Apatah lagi kahwin tak jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Lainlah mumbang lain kelapa, Mahu disayur manakan dapat; Lain ditunang lain yang tiba, Mahu mundur sudah terlambat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Peribahasa |
---|
| 161 Dig a well before it rains Buat persediaan sebelum terlambat Sediakan payung sebelum hujan "Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Dig the well before it rains," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her. ''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,'' jawabku. ''Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,'' kata Dewi. ''Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjing liar dan orang yang mencurigakan!'' aku mengingatkannya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|