Pantun |
Sumber |
Tema |
Pucuk pauh batangnya pauh, Tengah-tengah pokok mengkudu; Tuan jauh adik pun jauh, Sama-sama menahan rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kiri berangan kanan pun berangan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kanan jalan kiri pun jalan, Tengah-tengah pokok mengkudu; Pesan jangan berkirim jangan, Sama-sama menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di sini bukit di sana bukit, Tengah-tengah pohon berduri, Di sini sakit di sana sakit, Ke mana tempat kubawa diri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Ke sana gunung di sini gunung, Tengah-tengah pohon melati; Ke sana bingung di sini bingung, Siapa dikenang di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ke sana bukit sayang, ke sini bukit, Tengah-tengah berduri sayang, pokok berduri; Ke sana sakit sayang, ke sini sakit, Ke mana tempat diri, kubawa diri. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Burung serindit tidur tergantung, Tergantung mari di alang tengah; Tabiklah datuk empunya kampung, Kami bermain di tengah-tengah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tengah hari mengambil kerang, Kerang penuh sebakul rotan; Tanah ada diduduk orang, Sayangku tinggal di tanaj setinggan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Tengah hari panas terik, Mari kita pergi berburu; Adik sungguh budak baik, Taat mendengar ajaran guru. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Tengah hari berburu gajah, Penat berburu bikin pelubang; Patah hati kelulah lidah, Melihat guru bermain sumbang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| tengah (kata tugas) | Bersinonim dengan sedang, masih, pada waktu itu, pada ketika itu, dalam pada itu;, | | Kata Terbitan : di tengah, mengetengahkan, setengah, sesetengah, setengah-setengah, menengah, pertengahan, penengah, |
|
Puisi |
---|
|
Kiri berangan kanan pun berangan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 526 It's six of one and half a dozen of the other Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang. Seperti lima belas dengan tengah dua puluh My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty. Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti lima belas dengan tengah dua puluh Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|