Pantun |
Sumber |
Tema |
Tabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Apa dirunding perlahan-lahan, Syukur mendapat orang berbudi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Perlahan-lahan apa dirunding, Syukur mendapat orang berbudi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tembuk tabir bawakan benang, Tembuk dinding bawakan damar; Terumbuk fikir bawa bertenang, Tertumbuk runding bawa bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan disingkap tabir luanga, Raden Galuh bersila panggung; Jangan diturut hati dahaga, Sopan didapat malu ditanggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Saya tidak memandang bulan, Mari selindung sebalik tabir; Saya tidak memandang tuan, Hati beramuk bagai nak hancur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Encik Hamid belayar ke Jawa, Buah jerap masak merekah; Tabir langit sudah sedia, Malam besok abang nak nikah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kerbau mana tambat di tubir, Kerbau hitam melenggang tanduk; Anak dara di balik tabir, Anak teruna dibawa masuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| tabir (kata nama) | Bersinonim dengan tirai, langsir, penutup jendela, skrin, adang, bidai, paldu, perdah, tebeng, tedeng, sekeram, sekesel, kerai, belat, gorden, korden, layar, layar sebeng, pendinding, langsai, kelir;, | | Kata Terbitan : bertabir, menabiri, |
|
Puisi |
---|
|
Tabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Perlahan-lahan apa dirunding, Syukur mendapat orang berbudi.
Lihat selanjutnya... |
|