Pantun |
Sumber |
Tema |
Bawalah ubat yang tersedia, Digiling halia berlumat-lumat; Banyaklah sahabat yang setia, Paling setia sahabat nabi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Taat bini setia ke laki, Setia sampai ke liang lahad; Adat berdiri sempurna budi, Mulia perangai terbilang sifat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat bini setia ke laki, Hilir mudik seia sekata; Adat berdiri sempurna budi, Hati baik mulia bicara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat bini setia ke laki, Laki dijaga anak diasuh; Adat berdiri sempurna budi, Budi mulia akhlak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat bini setia ke laki, Berkasih sayang sepanjang hayat; Adat berdiri sempuma budi, Selisih hilang tenanglah umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat bini setia ke laki, Bermuka manis patut perangai; Adat berdiri sempurna budi, Sengketa habis kusut selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat taat setia, Dipercaya orang hulu dan hilir; Membuang adat hidup sia-sia, Bahaya datang gilir-bergilir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat perempuan berlemah lembut, Setia mengasuh anak dan laki; Adat berjalan tuah mengikut, Dunia teduh adat pun tinggi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat jantan gagah berani, Setia teguh berhati bersih; Adat berjalan bertuah negeri, Di mana keruh menjadi jernih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat keluarga berkasih sayang, Laki setia bini pun taat; Adat dijaga budi terbilang, Hati mulia terpuji tabiat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| setia (adjektif) | 1. Bersinonim dengan teguh hati: tetap hati, cekal, tabah, bulat hati, bulat tekad, bulat fikiran,
2. Bersinonim dengan patuh: taat, tawaduk, patih, boleh diharap, tunak,
| Kata Terbitan : bersetia, kesetiaan, persetiaan, |
|
Puisi |
---|
|
Pohon mengkudu tumbuh rapat, Rapat lagi pohon jati; Kawan beribu mudah dapat, Sahabat setia susah dicari.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 57 Blood is thicker than water Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain. Masin lagilah garam sendiri So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend. Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|