Pantun |
Sumber |
Tema |
Yakin menekat kainnya cantik, Sudah sepadan untuk selendang; Makin kulihat semakin asyik, Matilah badan mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besar tekukur seperti balam, Bila berbunyi sepadan juga; Biarpun hancur hati di dalam, Kanda pergi kulepaskan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belum diukur sudah dipakai, Manakan bisa baju sepadan; Belum ditegur sudah merawai, Manakan hamba mahu berkawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ini lagu serampang laut, Pulau Tamu jauh sepadan; Layar berkembang kemudi dipaut, Tidak laju celaka badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tanda berkawan seiring jalan, Pantang sekali bersilang langkah; Tanda beriman adat sepadan, Pantang sekali berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Walaupun kail tidak berumpan, Kerana letih dipasang juga; Walaupun kecil tidak sepadan, Kerana kekasih dipinang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau helat hendak ramai, Handai taulan semua dijemput; Kalau adat hendak dipakai, Pakai sepadan pada yang patut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa gunanya bertih direndang, Bila tidak dapat dimakan; Apa gunanya berkasih sayang, Bila tegak tiada sepadan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| padan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,
2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,
| Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan, |
|
|