Pantun |
Sumber |
Tema |
Siapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kain-kain basah, Semua warna merah; Hidup tambah susah, Anak penagih dadah. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Buah kundur busuk semua, Kerana diusik oleh belalang; Habislah umur dimabuk cinta, Kerana adik tak mahu datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu menteri berdagang surat, Semua datuknya berniaga gelap; Pilulah hati memandang umat, Kerana mabuknya raja menyelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang tapai. Semua pengikut menyiapkan piring; Pilulah hati memandang lebai. Kerana berjanggut dikejar kambing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang berhelat bukan sedikit, Semua datang menengok pengantin; Abang ibarat awan di langit, Terbang melayang mengikut angin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain tanjung kain pelikat, Semua sudah dijahit enjin; Bunga berjunjung teguh berikat, Tidak bergoyang ditiup angin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman kini kemarau panjang, Layu semua betik dan terung; Badanku mati di rantau orang, Hatiku pada adik di kampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sekali orang merambah, Onak duri semua dilantak; Sekali abang bersumpah, Sampai mati takkan berganjak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah nangka buah cempedak, Rasanya manis semua gemar; Sudah tua suka membengkak, Nyawa habis nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| semua (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,
2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,
3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,
|
|
Puisi |
---|
|
Kain tanjung kain pelikat, Semua sudah dijahit enjin; Bunga berjunjung teguh berikat, Tidak bergoyang ditiup angin.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 375 All men must die Semua orang pasti mati. Singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal. Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat. Hanya Tuhan sahaja yang daim. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|