Pantun |
Sumber |
Tema |
Sarung keris bertatah permata, Seni budaya orng sunglap; Orang berilmu ibarat pelita, Tetap bercahaya dalam gelap. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Kain sarung pakaian pemuda, Pergi mengaji di waktu pagi; Jangan diikut perangai Belanda, Diberi satu minta lagi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kain sarung bunga belais, Dikandung-kandung cuci di kaki; Tunduk terkidum menyapa ikhlas, Barulah sedap rasa di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila membeli sarung, Jangan yang sudah usang; Apabila mencari untung, Jangan menganiaya orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ambil cincin sarung di jari, Pakai oleh budak-budak; Kalau berniaga ringgit sendiri, Cili garam taukeh juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Cincin intan sarung di jari, Bila pakai nampak cahayanya; Sungguh durian buah berduri, Dengan tupai alah deknya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kalau selalu berkain sarung, Lambat-laun duduk tersingkap; Kalau selalu bermain serong, Lambat-laun masuk ke lokap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang disebut berkain sarung, Kain disarung pengganti celana; Malangnya ikut pemimpin serong, Mainnya serong hati ke betina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berkain sarung, Kaki terantuk ke tepi meja; Begitu isteri bermain serong, Laki terduduk berputih mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa berkain sarung, Kerana susah berkain lepas; Untuk apa bermain serong, Kerana di rumah main tak puas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| sarung (kata nama) | Bersinonim dengan bekas, salut, sampul, selongsong, kelubung, pembungkus, pembalut, pembebat, selubung, penutup, penyalut, barut, pembarut, pengikat, pembelit, selaput;, | | Kata Terbitan : bersarung, bersarungkan, menyarung, menyarungkan, tersarung, penyarung, |
|
Puisi |
---|
|
Kain sarung bunga belais, Dikandung-kandung cuci di kaki; Tunduk terkidum menyapa ikhlas, Barulah sedap rasa di hati.
Lihat selanjutnya... |
|