Pantun |
Sumber |
Tema |
Tebas rumput rata-rata, Serindit turun bersarang di lembah; Lepas tangan putih mata, Seribu tahun tidak berubah. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Anyam tikar daun pandan, Anyam bersilang rata-rata; Ayam tidur dalam reban, Musang berjaga bersengkang mata. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bancuh kopi untuk saudara, Tebas rumput rata-rata; Bertanggungjawab kepada Negara, Lepas tangan putih mata. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Orang berkampung dari hulu, Tanam kelapa rata-rata; Senang susah tanggung dahulu, Pada siapa hendak dikata. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Labuan tanahnya rata, Anak ikan di paya dua; Jangan takut ibu dan bapa, Kalau jodoh kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Labuan tanahnya rata, Tempat berjalan enjin kereta; Tutup pintu buka jendela, Sana tempat berpandang mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buluh betung ditebang rata, Banyak tercampak di tepi tubir; Sungguh beruntung orang buta, Tidak nampak orang mencibir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun kain dicelup rata, Masih banyak berbelang-belang; Walaupun miskin hidup merana, Kasihku tidak alang kepalang | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| rata | 1. Bersinonim dengan datar ( papak, papar, tarah, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan sama banyak ( sama adil, dengan saksama, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan keseluruhannya ( dengan sekata) (adverba:)
| Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata, |
|
Puisi |
---|
|
Labuan tanahnya rata, Anak ikan di paya dua; Jangan takut ibu dan bapa, Kalau jodoh kita berdua.
Lihat selanjutnya... |
|