Pantun |
Sumber |
Tema |
Patuh Melayu kepada raja, Raja adil raja disembah; Senonoh laku sempurna kerja, Kerja kecil membawa berakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Hilir mudik ke bandar raja, Raja ada di Pasir Panjang; Cantik molek manakan ada, Sedang elok pertimbangan abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kerbau Jani molek sungguh, Pergi tenggala tanah raja; Malam ini molek sungguh, Macam malam anak raja-raja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Raja Seman Raja Sulaiman, Ketiga dengan Tengku Daud; Baik-baik pegang pedoman, Taufan bergeser ke barat laut. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Raja Hindi raja bermisai, Nampak seperti tanduk gula; Hutang Samsir belum langsai, Hutang kajang datang pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Mati dipanah raja bestari, Raja semayam di dalam kota; Kalau dipinang ayahnya tak beri, Bolehlah adik pergi berkira. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Siti Zubaidah menjadi raja, Menjadi raja negeri China; Malam sudah berpandang mata, Jika tak hampir menjadi gila. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Siti Zubaidah menjadi raja, Menjadi raja negeri Yunan; Apakah sudah berpandang mata, Kalau tak dapat menjadi ponan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Raja bermadah mandi bersiram, Burung merpati terbang sila; Berapa lama tuah ayam, Mati gelanggang bujang juara. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
|
Tesaurus |
---|
| raja (kata nama) | 1. Rujuk perintah pemerintah
2. Dalam konteks gelaran bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,
| Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan, |
|
Puisi |
---|
|
Hilir mudik ke bandar raja, Raja ada di Pasir Panjang; Cantik molek manakan ada, Sedang elok pertimbangan abang.
Lihat selanjutnya... |
|