Pantun |
Sumber |
Tema |
Mengapa pula memasang jerat, Kerana hendak menangkap kijang; Mengapa banyak orang mengumpat, Kerana banyak cakap menyimpang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa pula menjerang nasi, Kerana perut sudah kebulur; Mengapa banyak orang berkelahi, Kerana mulut berbicara kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Banyak pula isi sikatnya Elok bersusun setandan penuh; Banyak pula kaji tersiratnya, Untuk penonton hidup senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sudah beremas beremas pula, Emas sekupang dalam cerana; Sudah bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hendak berumah berumah pula, Rumah saya di tengah huma; Hendak bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sudah berdebu berderai pula, Berderai sampai ke kota raja; Sudah bertemu bercerai pula, Tinggallah tuan cahaya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari seberang ke seberang pula, Hanyut pandan dari kuala; Dari seorang seorang pula, Dandan juga pusing kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau sudah mencuci kain, Jangan pula terkena lumpur; Kalau sudah menjadi pemimpin, Jangan pula berasa takbur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Besar rumah besar tingkapnya, Besar pula pintu dibuat; Besar kepala besar cakapnya, Besar pula malu yang dapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang berangkat tentulah senang, Senang pula cita rasanya; Orang berpangkat tentulah kenyang, Kenyang pula saudara-maranya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| pula (kata tugas) | Bersinonim dengan jua, pun, juga., | |
|
Puisi |
---|
|
Hendak berumah berumah pula, Rumah saya di tengah huma; Hendak bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 397 Misfortunes never come singly Malang sering kali datang bertimpa-timpa Sudah dibeban dihela pula. It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people. Kata orang, sudah dibeban dihela pula. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|