Pantun |
Sumber |
Tema |
Putus tali pengikat tangga, Tangga berikat rami gula; Putih hati memandang janda, Janda baru beranak dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana jala tidakkan koyak, Tali pengikat kena ranting; Bagaimana kepala tidakkan botak, Bini empat semuanya bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tali jerami simpai selapis, Guna pengikat tataran lembing; Hatiku ini bagai diiris, Bila melihat tuan berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok menebang batang terap, Kulitnya dapat pengikat tangga; Elok memandang orang berkurap, Kulitnya bagai kelopak bunga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Saga serumpun di hulu sungai, Buat pengikat bilah dapur; Adik sepantun getah punai, Lekat tak lekat bulu bertabur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rosak ikat terbuka simpul, Terbuka simpul pengikat jatuh; Rosak adat celaka timbul, Celaka timbul umat bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Galah bukan sebarang galah, Galah panjang pengikat panji; Salah bukan sebarang salah, Salah abang mungkirkan janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan pita sebarang pita, Pita dipakai untuk pengikat; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku sampai akhir hayat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kuda ini kuda buatan, Mari tambat Johor Lama; Rumah buruk pengikat rotan, Kalau baik kutunggu lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah seminal biji berkilat, Dibuat minyak rasa perisa; Sudah kuungkai tali pengikat, Adik menolak apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| ikat (kata nama) | 1. Dalam konteks alat bersinonim dengan tali, benang, kain,
2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,
| Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat, |
|
Puisi |
---|
|
Kuda ini kuda buatan, Mari tambat Johor Lama; Rumah buruk pengikat rotan, Kalau baik kutunggu lama.
Lihat selanjutnya... |
|