Pantun |
Sumber |
Tema |
Patah kaki patah tangan, Ada tongkat kami berjalan; Walaupun Aceh tinggal kenangan, Kami tinggal menerus perjuangan. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Yang patah biarlah patah, Supaya cepat bertunas lagi; Orang lemah biarlah lemah, Supaya dapat ditindas lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh elok parang patah, Parang patah banyak pakunya; Sungguh elok orang latah, Orang latah banyak lakunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patah paku pucuk mengkudu, Pisang masak di dalam karung, Kata diikat setia dipadu, Bukan masa kita terkurung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Patah gergaji kayu hidup, Kena kaki anak dara; Sudah tahu gaji tak cukup, Kenapa beli Proton Wira? | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Patah galah di tepi pagar, Untuk menjolok durian belanda; Sudah berpangkat bergaji besar, Datang ke pejabat jangan tiada. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Patah gelang dalam puan, Puan diletak lilin sebatang; Sungguh malang nasibmu tuan, Tiada kawan datang bertandang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Patah sayap si burung helang, Kerana ditembak anak pemburu; Apalah diharap kepada abang, Hamba ini anak yatim piatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| patah (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai,
terkandas,
| Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 390 Misfortunes never come singly Malang sering kali datang bertimpa-timpa Antan patah lesung hilang. It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people. Kata orang, antan patah lesung hilang. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|