Pantun |
Sumber |
Tema |
Disusun padan bunga anggerik, Mahu diletak di pintu puan; Dipilih padan dipilih cantik, Baru jadi menantu tuan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Jelatik burung jeladan, Tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Sudah diukur sama tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Jelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Jelatik burung jeladan, Anak tekukur terbang tinggi; Sudah cantik sama padan, Lagi diukur sama tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sagu ladang makan dek kuda, Ramas limau dalam telaga; Tidak padan dengan kita, Dia emas kita tembaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung jelatik burung jeladan, Terbang bersama burung merpati; Dikira cantik dikira padan, Sayang tidak sama sehati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sayang jelatik burung jeladan, Sayang tekukur terbang tinggi; Sama cantik sama padan, Jikalau diukur sama tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Burung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Burung jelatik burung jeladan, Burung tekukur terbang meninggi; Sudahlah paut samalah padan, Marilah ukur samalah tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
|
Tesaurus |
---|
| padan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,
2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,
| Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan, |
|
Puisi |
---|
|
Jelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi.
Lihat selanjutnya... |
|