Pantun |
Sumber |
Tema |
Kain putih satu hasta, Dikoyak-koyak tinggal sejengkal; Pandanglah saya nyata-nyata, Balik ke kampung jangan menyesal. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Berletuk bunyi rotan bersanggit, Barulah nyata kayu terbelah; Bertakup bumi dengan langit, Barulah kita mengaku kalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Limpata batang limpata, Kayu ara rimbun di bukit; Bagi abang sungguhlah nyata, Bagi kami lindungi sedikit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cik Ali pergi berperang, Pergi berperang dengan senjata; Awan di langit kalau terang, Cahaya bintang baru nyata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| nyata (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh, Berantonim dengan kabur
2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,
| Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata, |
|
Puisi |
---|
|
Kain putih satu hasta, Dikoyak-koyak tinggal sejengkal; Pandanglah saya nyata-nyata, Balik ke kampung jangan menyesal.
Lihat selanjutnya... |
|