Pantun |
Sumber |
Tema |
Semalam mimpi bulan, Mimpi nyiur patah tandan; Semalam mimpi tuan, Mimpi beriba sebelah kanan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung bintik disangka puyuh, Puyuh hinggap di ranting saja; Mimpi-mimpi disangka sungguh, Buka selimut seorang sahaja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungai Pahit lubuknya dalam, Ikan seluang mati bertuba; Mimpi baik saya semalam, Mimpi bulan jatuh di riba. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tengahlah malam mimpikan bulan, Mimpi dipagar bintang tujuh; Tengah malam mimpikan tuan, Mimpi bertukar kain di tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Ayu apa mimpinya, Mimpi bertemu lengan baju; Kalau kayu sama tingginya, Di mana angin hendak lalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Semalam ada mimpiku tuan, Mimpi kelapa patah tandan; Semalam ada mimpiku tuan, Tuan kuriba sebelah tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak tidur tidurlah Siti, Mimpi menyorok celah batang; Tidur tuan belah tepi, Bulan menyorok saya datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berangan diisi dalam timba, Pauh rambutan tepi perigi, Jangan mimpi gagak di rimba, Jatuh rambut tidak bergigi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kencang ribut malam tadi, Bintang hanyut dari kuala; Kencang mimpi malam tadi, Bantal hanyut dari kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| mimpi (kata nama) | Bersinonim dengan igauan, sempena, angan-angan, khayalan, bayangan, imaginasi, fantasi, ilusi, halusinasi,
maya, rasian;, | | Kata Terbitan : bermimpi, memimpikan, termimpi-mimpi, mimpian, |
|
Puisi |
---|
|
Semalam mimpi bulan, Mimpi nyiur patah tandan; Semalam mimpi tuan, Mimpi beriba sebelah kanan.
Lihat selanjutnya... |
|