| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Orang berdedai berburu todak, Merata sungai hingga ke hulu; Abang bagaikan baju yang koyak, Siapa memakai tentulah malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Buku tebu dibelah-belah, Hampas dibuang merata-rata; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu penghianat pendusta? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Alangkah elok kembang setaman, Bau semerbak merata kampung; Memanglah elok orang berkawan, Satu tegak semua mendukung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Parut nyiur ulam pegaga, Selasih puspa merata-rata; Terkejut kami dalam jaga, Aceh ranap sekelip mata. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Pepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Ambil parang pergi menebas, Dahannya jatuh merata-rata; Dulu hamba mergastua bebas, Sekarang dijerat si molek jelita. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Di Kampung Hulu banyak temu, Tumbuh bersepah merata-rata; Adakah tahu nasib temanmu, Sentiasa berendam airnya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Satu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah mahu dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | rata | 1. Bersinonim dengan datar ( papak, papar, tarah, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan sama banyak ( sama adil, dengan saksama, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan keseluruhannya ( dengan sekata) (adverba:)
| | Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata, |
|
| Puisi |
|---|
|
Ambil parang pergi menebas, Dahannya jatuh merata-rata; Dulu hamba mergastua bebas, Sekarang dijerat si molek jelita.
Lihat selanjutnya... |
|