Pantun |
Sumber |
Tema |
Sejak sirih dicabut beruang, Gemparlah murai mau meradang; Sejak kekasih rebut orang, Seluar terburai baju bersebang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pinggan mangkuk berisi gula, Hendak disimpan semut meradang; Badan bongkok bini menggila, Hendak melawan lututlah goyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalaulah mahu berjaja kain, Bila rugi pantang meradang; Kalaulah mahu bekerja rajin, Ke mana pergi disayangi orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila menjala udang, Lama-lama ada rezeki; Apabila suka meradang, Ke mana saja kena keji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak Cina turun ke padang, Sampai ke padang hatinya meradang; Kalau benci tuan memandang, Keratlah saya dengan pedang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila kaki terinjak arang, Banyak sedikit tentulah hitam; Apabila hati banyak meradang, Tidak terhimpit tentulah karam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana nasi takkan dijerang, Sejak petang perut berkokok; Bagaimana kami takkan meradang, Awaklah datang dia menyorok | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun taji sudah dipasang, Kerana goyang dicabut lagi; Walaupun hati sudah meradang, Kerana berhutang mulut terkunci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dari Lading pergi ke laut, Kalau ke laut banyak garamnya; Hati meradang jangan diturut, Kalau diturut banyak dendamnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apabila menyenduk pengat, Jangan ada yang terbuang; Apabila duduk muafakat, Janganlah suka meradang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| radang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan panas badan: gerah, meriang, palak,
2. Dalam konteks ransangan bersinonim dengan kemerah-merahan, bengkak, sakit,
| Kata Terbitan : meradang, meradangkan, kemeradangan, peradang, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Semabuk pergi ke Kelang, Berniaga buah serba rasa; Makin mabuk makin meradang, Salah runding jadi kecewa.
Lihat selanjutnya... |
|