Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau dikau pergi meramu, Carilah kayu nan lurus-lurus; Kalau dikau menuntut ilmu, Carilah ilmu yang halus-halus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang lurus biarlah lurus, Supaya tidak menjadi bengkok; Orang kurus biarlah kurus, Supaya tidak iri orang gemuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Adat Melayu tegaknya lurus, Bercakap lurus berkata benar; Sifat Melayu hendaklah halus, Adab halus pantang mengasar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lurus kayu menjadi tiang, Tiang bendera dan panji-panji; Tulus hatiku meminang abang, Abang juga mungkirkan janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang lurus tidakkan menipu, Ingat hutangnya banyak sedikit; Orang kurus awak yang pilu, Melihat tulangnya berpalut kulit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Batang lurus pemagar kandang, Tembuk dimakan api salai; Orang kurus tidur terlentang, Ditengok bagai papan sehelai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bercakap lurus berkata benar, Muka jernih hati pun bersih; Adab halus pantang mengasar, Pantang sekali mencari selisih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jalan lurus bersambung tidak, Sambungnya terus ke Delima Batu; Abang jauh bertemu tidak, Adik jauh yang mana satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah lurus batang dititi, Ambil sebarang dibelah dua; Sudah lurus abang meniti, Adik tak kunjung datang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tentu batangnya tampak lurus, Kerana kayunya sudah dibuang; Tentu abang tak nampak kurus, Kita bertemu sakitku hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| lurus (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang, Berantonim dengan bengkok
2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,
| Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan, |
|
Puisi |
---|
|
Daun sirih jangan dikait, Kalaulah kait mematah layu; Telunjuk lurus kelingking berkait, Itu pepatah orang Melayu.
Lihat selanjutnya... |
|