Pantun |
Sumber |
Tema |
Nak luruh rupanya hari, Tidak pernah gelombang tujuh; Inilah tua rupanya kami, Tidak pernah mumbang tumbuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Daun pedada luruh berderai, Hilir mudik sebelah pagi; Ada restoran ada gerai, Pilih gerai makan Pak Aji. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Pisang emas luruh digoyang, Dijolokdengan ranting habu; Adik emas saya loyang, Masakan mahu berkinca bahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah kandis luruh di hilir, Dimakan orang tidak bergaram; Hendak manis luar bibir, Manis tak hendak rasa ke dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau dibentang baju bersulam, Luruh buahnya beri bersemak; Kalau orang mengaku Islam, Turutlah sunah Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mudik ke hulu kepayang luruh, Buat sunting bunga delima; Unjuk sirih pinang jatuh, Bagi tidak saya terima. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Itik putih di Padang Basai, Luruh bulu baru bertelur; Adik Putih ini tak ketahuan pasai, Senyum dulu baru tegur. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Pohon kenanga dililit ubi, Daunnya luruh belum berputik; Perkara bunga suntingan nabi, Bolehlah hamba datang memetik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bergoncang pohon ditiup angin, Habis luruh si buah saga; Tuan sepantun kilat cermin, Di balik gunung nampak jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila berpaut di pohon ara, Mawar luruh buat perisa; Bila laut mula bersuara, Gempar seluruh umat manusia. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
|
Tesaurus |
---|
| luruh (kata kerja) | Bersinonim dengan gugur, jatuh, terlerai, terlerah, tanggal, terkelupas, meranggas, lurut, rurut,
ruruh, rontok, runtuh, reges, reras, laras;, | | Kata Terbitan : berluruhan, meluruhkan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang emas luruh digoyang, Dijolokdengan ranting habu; Adik emas saya loyang, Masakan mahu berkinca bahu.
Lihat selanjutnya... |
|