Pantun |
Sumber |
Tema |
Alangkah lazat jeruk mentimun, Diberi kuah bertambah perisa; Abanglah penat duduk melamun, Adik tak pernah mahu berjumpa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Alangkah lazat ikan bakar, Diberi sayur berasam cuka; Abanglah penat membaca jampi, Adik tak juga mahu menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Alangkah lazat ikan bakar, Diberi sayur berasam cuka; Abanglah penat menahan sabar, Adik kutegur membuang muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Biji selasih rasanya lazat, Dimakan serasi membuang panas; Sekali kasih sudah melekat, Sampai mati takkan kulepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang tiada yang makan; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang binasalah badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang orang tak hendak; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang terbuang akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang rasanya hambar; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang bahayanya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang lauk terbuang; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang kutuk pun datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang patah selera; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang hidup sengsara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pulut manis ada lazatnya, Lazat dimakan diberi gula; Mulut manis ada hajatnya, Hajatnya akan berbini muda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |