Pantun |
Sumber |
Tema |
Terbuang baju dipakai lapuk, Lapuk dipakai koyaknya cepat; Terbuang Melayu perangai buruk, Buruk perangai merosak umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak tiang kerana lapuk, Lapuk kerana dimakan dengat; Rosak orang kerana mabuk, Mabuk dunia gilakan pangkat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Berguna jerat sebelum lapuk, Bila lapuk mudahlah putus; Berguna adat sebelum beramuk, Bila beramuk tuahnya hapus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalaulah lapuk jala dan pukat, Banyaklah siput di tepi pantai; Kalaulah duduk pemangku adat, Banyaklah kusut jadi selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kerana kayu lapuk berlubang, Banyaklah ulat dan anai-anai; Kerana penghulu mabuk kepayang, Banyaklah helat tidak selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila lantai sudah lapuk, Di mana lagi tempat bersila; Apabila perangai sudah teruk, Ke mana pergi mendapat bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Walaupun perahu mulai lapuk, Kerana berguna dijaga orang; Walaupun menantu bagaikan beruk, Kerana kaya mentuanya sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Elok menebang batang lapuk, Tangkai digoyang patah; Elok memandang orang nak capuk, Capuknya bagai intan ditatah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sekali pancang berdiri, Sampai lapuk tidakkan patah; Sekali abang berjanji, Sampai bongkok takkan berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila atap sudah bocor, Lantai lapuk kelambu basah; Apabila bercakap suka takbur, Perangai buruk malu bersimbah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Peribahasa |
---|
| 487 Promises and piecrusts are made to be broken Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée. Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|