Pantun |
Sumber |
Tema |
Koyak pinang jangan dikupas, Kalau dikupas menjadi semilu; Orang bertunang jangan dilepas, Kalau lepas mendapat malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kain panjang koyak memanjang, Tidak dapat ditebuk lagi; Abang sudah merajuk panjang, Tidak dapat dibujuk lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain putih koyak di tengah, Pakaian anak naik ke hulu; Tengah kasih datang fitnah, Biar saya berundur dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kerana kainnya sudah koyak, Hendak diikat pastilah kendur; Kerana pemimpin laba dan tamak, Banyaklah umat mati kebulur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana jala tidakkan koyak, Tali pengikat kena ranting; Bagaimana kepala tidakkan botak, Bini empat semuanya bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana jala tidakkan koyak, Dikait galah buluh berduri; Bagaimana kepala tidakkan botak, Duit punah nikah tak jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana jala tidakkan koyak, Jala direntang kaki terpuruk; Bagaimana kepala tidakkan botak, Mentua garang bini perajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila suka mencangkung, Cepatlah koyak seluar; Apabila suka menyombong, Cepatlah nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lipat kain kemas-kemas, Koyak cukin di hujung paku; Kalau kaya berlaksa emas, Kerana miskin tidak laku. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| koyak (adjektif) | Bersinonim dengan rabit, rabik, pecah, robek, rabak, cabik-cabik, terkelebak, cabak, cabik, carik,
sobek, soyak, seloyak, kerobak, berlubang-lubang, seronyeh, cobak-cabik, bersetai-setai, jabir, sek;, | | Kata Terbitan : mengoyak, mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan, terkoyak, |
|
Puisi |
---|
|
Kain putih koyak di tengah, Pakaian anak naik ke hulu; Tengah kasih datang fitnah, Biar saya berundur dahulu.
Lihat selanjutnya... |
|