Pantun |
Sumber |
Tema |
Bulan Ramadan bulan puasa, Awal Syawal beraya kita; Kita baru berkenal biasa, Berdondang sayang bermesra kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apalah tanda belat kita, Belat kita berdiri tegak, Tegak berdiri sebelah-menyebelah; Apalah tanda adat kita, Adat kita bersendi syarak, Syarak bersendi Kitabullah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Galah kecil kita tampunkan, Galah besar kita layangkan; Salah kecil kita ampunkan, Salah besar kita terimakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang pompat kita bilas, Yang sokol kita curah; Yang kesat kita empelas, Yang berbongkol kita tarah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kita tidak mencari cendawan, Kalau diindang kita tampikan; Kita tidak mencari lawan, Kalau datang kita nantikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Galah besar bergalah kecil, Galah kecil kita lapisi; Salah besar kita lapisi, Salah kecil kita habisi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tak mandi kita di sana, Boleh kita mandi di tebat; Kalau tak jadi kita di dunia, Akan menjadi di akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Marilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Naik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| kita (kata nama) | Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;, | | Kata Terbitan : kekitaan, |
|
Puisi |
---|
|
Jangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 624 United we stand, devided we fall Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai. Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh* ''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party. ''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|