Pantun |
Sumber |
Tema |
Elok kain kerana bajunya, Elok baju kerana bertekat; Elok pemimpin kerana lakunya, Elok laku kerana beradat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kerana apa bintang tak terang, Kerana bergalau bintang banyak; Kerana apa abang tak datang, Kerana risau bimbangkan anak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rosak tiang kerana lapuk, Lapuk kerana dimakan dengat; Rosak orang kerana mabuk, Mabuk dunia gilakan pangkat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Elok parang mata berkilat, Mata berkilat ia diasah; Elok orang kerana beradat, Kerana beradat ia bermaruah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pagi-pagi naik ke darat, Kerana hendak membasuh kain; Buruk besi kerana karat, Hina manusia kerana miskin. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kerana anak orang perempuan, Tegak berdiri di atas batu; Hendak ke mana gerangan tuan, Tegar menyisir bulu mataku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kerana terhempas padanya tanah, Lalu terhempas padanya pagar; Tuan dijemput naik ke rumah, Serta pula duduknya ke tikar. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Api-api berpagar dusun, Anak Keling bergelang suasa; Bukan mati kerana racun, Mati kerana tidak kenal biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Wakil udang kepada belida, Wakil belida kepada buntal; Degil bujang kerana janda, Degil janda kerana gatal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| kerana (kata tugas) | Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan,
maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula., | |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 490 Do right and fear no man Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran Berani kerana benar, takut kerana salah I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God. Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|