Pantun |
Sumber |
Tema |
Singgah juga di Bandar Miri, Di jalan raya berjual ragi; Kelak dikenang di belakang hari, Budaya kita dijulang tinggi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sayang selangat ikan seluang, Belah belakang ambil hatinya; Usah niat adik seorang, Kelak belakang ada gantinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kancil tegak menengkar, Kena sepak lari mengerang; Sejak kecil banyak belajar, Supaya kelak menjadi orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sekali balik balam ke tingkap, Bertenggek sambil bergantungan; Hati nan fasik bawalah mengucap, Kelak badan kan bertanggungan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Singgah sebentar di Pekan Marudi, Singgah juga di Bandar Miri; Jika hidup berbhasa berbudi, Kelak dikenang di belakang hari. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang Daik pergi menuba, Dapat seekor ikan haruan; Perkara tak baik jangan dicuba, Takut kelak merana badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ikan mati kerana tuba, Tuba dibuat di dalam hutan; Yang malang jangan dicuba, Hidup kelak binasa badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.
Lihat selanjutnya... |
|