Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau bergalah di semak-semak, Kalau memnjat dicari dahan, Kalau berlunjur ditarik lutut; Kalau bersalah disemak-semak, Kalau tersesat dicari jalan, Kalau terlanjur berbalik surut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau pindah pergi ke kota, Kalau haji pergi ke Makkah, Kalau berjalan sampai-sampai; Kalau lidah beri berkata, Kalau kaki beri melangkah, Kalau tangan beri menggapai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau redup pasanglah kandil, Kalau menepi pasanglah belat; Kalau hidup peganglah wakil, Kalau mati peganglah amanat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau berbuah ada ranumnya, Kalau cendawan ada kelatnya; Kalau menyanggah ada hukumnya, Kalau menyanggah ada adatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau memanggang bersela-sela, Kalau menjemur kering-kering; Kalau tegang berjela-jela, Kalau kendur berdenting-denting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau memandang jangan merentus, Kalau menekan jangan menepis; Kalau mencencang jangan memutus, Kalau makan jangan menghabis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau helang menari-nari, Kalau kumbang melayang-layang; Kalau hilang boleh dicari, Kalau compang boleh disawang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau meniup ingatlah api, Kalau menelan ingatlah tulang; Kalau hidup ingatlah mati, Kalau berjalan ingatlah pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau bergalah jangan berkayuh, Kalau berkayuh bertambah basah; Kalau susah jangan mengeluh, Kalau mengeluh bertambah susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau busuk carilah bangkainya, Kalau buluh carilah bukunya; Kalau kusut carilah pangkalnya, Kalau keruh carilah hulunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan menebang jati, Kalau tumbang saya tolakkan; Kalau tuan mencari ganti, Kalau kurang saya sorakkan.
Lihat selanjutnya... |
|