Pantun |
Sumber |
Tema |
Sangkar emas buat isteri, Saat indah masa beradu; Mendengar puji tidak terperi, Sengat lebah terasa madu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bersembang-sembang sampai senja, Pujuk isteri tidak dipeduli; Ada wang habis dibelanja, Esok hari bergadai berkuli. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Permata zamrud berikan kami, Hadiah suami kepada isteri; Cintaku ibarat rumput di bumi, walau dipijak tetap menjadi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kami pergi memukat, Tertangkap ikan pari; Suami isteri sepakat, Anak bijak bestari. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Bangsal ikan pari, Tumbuh rumput lalang, Senang hati isteri, Ada anak cemerlang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Jalur Gemilang mengah berkibar, Kereta dipakai belum disedia; Sebagai isteri banyak bersabar, Pelita hidup keluarga bahagia. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Waktu menteri membeli minyak, Orang melihat berhati rawan; Waktu isteri baru beranak, Datanglah niat mencari perawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berjual sapi, Hamba rakyat datang menawar; Begitu isteri ditinggal laki, Tibalah umat datang melamar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri meratah petai, Para pembesar patuh menengok; Begitu isteri meminta cerai, Suami mendengar jatuh terduduk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
|
Tesaurus |
---|
| isteri (kata nama) | Bersinonim dengan suri, suri rumah, bini, gerha, teman hidup, orang rumah, orang dapur, orang belakang, emaknya, perempuannya, permaisuri, maharani, sultanah, raja perempuan, rodong, padusi, induk beras, induk nasi;, | | Kata Terbitan : beristeri, memperisteri, memperisterikan, |
|
Puisi |
---|
|
Bahulu dalam pinggan, Tiga hidangan roti raji; Jangan malu jangan segan, Kita sudah suami isteri.
Lihat selanjutnya... |
|