Pantun |
Sumber |
Tema |
Ikat-ikat daun mengkudu, Hilang Melayu bergalang dada; Duduk dekat rasa malu, Hilang malu kerana muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau dapat diikat-ikat, Ikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika betul tuan mengikat, Ikat saya tali belati; Jika betul cik abang nak ikat, Ikat saya sampai ke hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terbuang sapu ikat terputus, Ikat putus lidi berserak; Terbuang Melayu adat terhapus, Adat terhapus negeri rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ikat pinggang rambut berjurai, Berjurai elok sulaman asli; Adat dibilang lalu dipakai, Dipakai untuk pegangan diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ikat pagar orang berempat, Ikan sepat dalam padi; Kehendak belajar kalau dapat, Alangkah suka dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Rosak ikat terbuka simpul, Terbuka simpul pengikat jatuh; Rosak adat celaka timbul, Celaka timbul umat bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain ikat lain simpainya, Lain tiang lain pemasak; Lain adat lain memakainya, Lain orang lain kehendak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Betul ikat betul simpainya, Betul simpai baru dipasang; Betul adat betul perangainya, Betul perangai didahulukan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Salah ikat boleh diungkai, Salah letak boleh dicari; Salah buat badan merasai, Salah cakap memburuk diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| ikat (kata nama) | 1. Dalam konteks alat bersinonim dengan tali, benang, kain,
2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,
| Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau dapat diikat-ikat, Ikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang.
Lihat selanjutnya... |
|