Pantun |
Sumber |
Tema |
Ayam hutan keluar hutan, Ular lidi mati tersangkut; Emak bukan saudara bukan, Kerana kasih saya turut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam hutan terbang ke hutan, Hinggap di tanah mencari makan; Hendak memikat burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam hutan terbang ke hutan, Turun ke tanah mencari makan; Kerana digila burung di hutan, Denak di rumah mati tak makan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hutan rimba sudah diredah, Ada balak orang yang punya; Kalau berkawan penagih dadah, Tidak menagih terkena jarumnya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hutan terbakar di Kalimantan Barat, Kabus tebal tidak terperi; 19 September tarikh tersurat, Isytihar darurat seluruh negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Hutan serumpun luar kota, Mari tebas kanan kiri; Helang tak rabun musang tak buta, Biring jangan bebaskan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Hutan di hulu banyaknya rebung, Potong-potong taruh di karung; Kalau tak mahu galah disambung, Buah masak dimakan burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hutan melarat dimakan api, Pokok ditanam habis mati; Intan manikam mahligai hati, Kalau hilang payah berganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hutan lipur tempat bermalam, Sungai Pahang airnya tenang; Walaupun jauh rindu mengidam, Tapi bimbang masuk meminang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam hutan terbang ke hutan, Sangkut sikit tali kemudi; Daging bukan darah pun bukan, Sangkut sikit kerana budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
Tesaurus |
---|
| hutan (kata nama) | Bersinonim dengan belantara, rimba, belukar, semak, samun, semak samun, jabun, repuhan, rok;, | | Kata Terbitan : menghutan, menghutankan, |
|
Puisi |
---|
|
Ayam hutan terbang ke hutan, Hinggap di tanah mencari makan; Hendak memikat burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 89 Charity begin at home Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain. (Anak) kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home. Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|