Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana.

Takrif

Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga. kendana = dijaga, diamat-amati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan.

Takrif

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui.

Takrif

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di pangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan.

Takrif

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.

Takrif

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.

Takrif

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Apa gunanya merak mengigal di hutan.

Takrif

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya). (Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Duri di hutan siapa pertajam.

Takrif

Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rusa di hutan, kancah sudah dijerang.

Takrif

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung terbang dipipiskan lada, b. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti merak mengigal di hutan.

Takrif

Menunjukkan pengetahuannya kepada orang-orang yang bodoh. (Bandingkan dengan: Apa gunanya merak mengigal di hutan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
hutan (kata nama)
Bersinonim dengan belantara, rimba, belukar, semak, samun, semak samun, jabun, repuhan, rok;,
Kata Terbitan : menghutan, menghutankan,

Puisi
 

Ayam hutan terbang ke hutan,
     Hinggap di tanah mencari makan;
Hendak memikat burung di hutan,
     Burung di sangkar mati tak makan.



Lihat selanjutnya...