Pantun |
Sumber |
Tema |
Hinggap burung di dahan kayu, Di sana tempat ia bersarang; Kuharap adik tahan menunggu, Supaya dapat hamba meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hinggap mari di pohon duku, Duku dekat pohon melati; Cintaku puteri belahan jiwaku, Hatiku terlekat sampai ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tidak hinggap di pohon ara, Buang sebaris ayat dikarang; Tiada ilmu kira-kira, Wang habis di kocek orang. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Gagak hinggap di dahan kayu, Suaranya kuat dahan bergetar; Hendak bercakap lidahku kelu, Hendak mengurat tangan gementar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hinggaplah hinggap ke kayu tinggi, Tumpah darah ke daun pisang; Kamek datang tumpang di sini, Kain basah kering di pinggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Mari hinggap di pohon rimbu, Sayang selasih di tepi perigi; Setiap hari ku menanggung rindu, Kerana kasih ditinggalkan pergi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung serindit hinggap berenam, Lima-lima terbang bersama; Wang ringgit jatuh menjunam, Jimat cermat langkah pertama. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Burung putih hinggap di batu, Burung merpati selindung awan; Adik putih masuk beradu, Di dalam hati sangat rawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angkut-angkut hinggap di bukit, Membuat sarang di pokok rendang; Walau tertangkup bumi dan langit, Janji tidak saya uraikan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Hinggap mari di hujung ciku, Mari hinggap di ranting tua; Hendak mati di hujung kuku, Satu kubur kita berdua.
Lihat selanjutnya... |
|