Pantun |
Sumber |
Tema |
Hendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hendak dipais ikan todak, Hendak diparut bukannya terung; Hendak ditangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hendak dicincang bukannya rebung, Hendak dipais bukannya todak; Hendak terbang bukannya burung, Hendak menangis bukannya budak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hendak berlengu boleh berlengu, Hendak berlengu Padang Seberang; Hendak bertemu boleh bertemu, Hendak bertemu sesama seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbuh rebung hendak berbatang, Tumbuh rumput hendak berakar; Sungguh bersambung hendak berpanjang, Sungguh bertambun hendak lebar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hendak berperahu tiada berkemudi, Hendak menebas tidak berparang; Hendak memetik daun lenggundi, Pohon temoat ular bersarang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Buah kandis dimakan budak, Hendak ditebang tiada beliung; Hendak menangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hendak ke pulau mencari papan, Papan ada tebing seberang; Hendak bergurau hendak berkawan, Kawan ada kekasih orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana hendak menjahit, Hendak menjahit jari pun rempak; Bagaimana saya nak naik, Tuan rumah belum nampak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Hendak dipais ikan todak, Hendak diparut bukannya terung; Hendak ditangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 429 Nothing is impossible to a willing heart Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. Perkataan ‘tidak boleh’ tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|