Pantun |
Sumber |
Tema |
Baru kutahu peria pahit, Haram bertaubat sayur petola; Kalau kutahu budi tak baik, Haram tak buat dari mula. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Pisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil beliung tetak ke kempas, Jatuh ke kaki haram tak luka; Sungguh cium bertukar nafas, Jatuh ke hati haram tak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bercakap dusta memanglah haram, Menjual kawan pantang sekali; Adab dijaga siang dan malam, Berbekal iman sepanjang hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pohon kuini pohon palas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil kapak tebang kempas, Jatuh kaki haram tak luka; Surat adik abang tak balas, Pantun abang jangan dilupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat Melayu pantang menipu, Bercakap dusta memanglah haram; Sifat Melayu memegang malu, Adab dijaga siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa gunanya menilik kaji, Bila tak tahu halal haram; Apa gunanya adik berjanji, Bila tak mahu tidur setilam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Siti menjual nangka, Dibubuh mari di dalam raga; Haram sekali tak kusangka, Ular lidi membunuh naga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| haram | Bahasa Asal :Arab | 1. Bersinonim dengan ditegah ( dilarang, dicegah, ) (adjektif:)
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan sungguh-sungguh, betul-betul, beriya-iya, benar-benar, sedikit pun, langsung, (kata tugas:)
| Kata Terbitan : mengharamkan, pengharaman, |
|
Puisi |
---|
|
Pisau kecil hulunya gewang, Jatuh ke kaki haram tak luka; Dara kecil permainan abang, Jatuh hati haram tak lupa.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 320 If you lie down with dogs, you'll get up with fleas Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama. Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities. Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti k Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|