Pantun |
Sumber |
Tema |
Makan kugaul hanya sedikit, Air berkocak di dalam talam; Badan berpeluh mataku sakit, Angkat mengucap di tengah malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Sudah banyak orang bergalah, Yang berenang hanya sedikit; Sudah banyak orang yang kalah, Yang menang hanya sedikit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Budak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Langit cerah langit mendung, Bunga segar kembang melati; Sakit dirasa sakit ditanggung, Hanya sabar menenang hati. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Hendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Pagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ada sirih ada pinang, Nantikan gambir dengan kapur; Sudah dipilih sudah dipinang, Hanya menanti ijab kabul. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hari panas memakai payung, Pakai baju sutera putih; Walau bukan anak kandung, Ibu hanya menumpang kasih. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kain Bertabur bunga lembut, Cindai bersulam emas suasa Hancur gunung bergolong laut, Cintaku hanya pada yang Esa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Hendak mengajar bahasa tidak, Orang bersembang di batas padi; Berpandang ada bertegur tidak, Hanya mengharap di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Budak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 510 One bad apple spoils the lot Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot . Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|