Pantun |
Sumber |
Tema |
Hampas kelapa dibuang orang, Jatuh ke sungai dimakan ikan; Lemas anggota remuklah tulang, Kasih tak sampai binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buku tebu dibelah-belah, Hampas dibuang merata-rata; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu penghianat pendusta? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kalau tiada kayu gaharu, Hampas tebu jadi berbau; Sudahlah adat kita Melayu, Tak boleh dekat belum bersatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jika kulurut padiku ini, Kubuang hampas kuambil isi; Jikalau kuturut hatiku ini, Kubuang akar kuambil hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berapa tinggi Bukit Semambu? Buah manggis bertimang dua; Kami bertiga umpama tebu, Habis manis hampas dibuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sayang di pokok burung tekukur, Sayang merpati ditangkap lepas; Saya ibarat nyiur dikukur, Diambil pati dibuang hampas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Puisi |
---|
|
Jika kulurut padiku ini, Kubuang hampas kuambil isi; Jikalau kuturut hatiku ini, Kubuang akar kuambil hati.
Lihat selanjutnya... |
|