Kata |
Takrif |
Sumber |
endap | ; endap-endap, endapan sesuatu (spt serbuk kopi) yg telah bercampur dgn air dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar. mengendap turun ke bawah serta berlonggok di dasar; mengenap. mengendapkan membiarkan sesuatu supaya mengendap; mengenapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
endap | ; endap-endap, endapan sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi);mengendap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak; mengendapkan membiarkan supaya mengendap (mendak); mendap, enap I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
endap-endap | , endapan sesuatu (spt serbuk kopi) yg telah bercampur dgn air dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
endap-endap | sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
endap | endap-endap, endapanb sesuatu (spt serbuk kopi dll) yg telah bercampur dgn air dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar. mengendap turun ke bawah serta berlonggok di dasar; mengenap. mengendapkan membiarkan sesuatu supaya mengendap; mengenapkan. | Kamus Pelajar |
cirit | 1. tahi cair; 2. keladak, endap-endap, hampas; 3. = ~-birit sakit terberak-berak; ~ bintang tahi bintang, bintang beralih (gugur); ~-birit (-mirit) (sakit) terberak-berak atau buang-buang air; ~ kopi (madat, minyak) keladak atau hampas kopi (madat, minyak); menghendakkan ~ harimau tergantung di ekornya prb menginginkan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; termakan (di) ~ berendang prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang; mencirit terberak cair; menciriti mengeluarkan cirit di, mengotori dgn cirit: maka ia turun ke kolam hamba yg dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya; menciritkan memberakkan; ~ tunjang Mn beranak; tercirit terkeluar cirit, terberak cair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerdak | 1. benda halus (spt hampas kopi, kotoran, dsb) yg mengendap (mendak) ke bahagian bawah air atau cecair (atau ke dasar sesuatu bekas), keladak, endap-endap; 2. barang-barang yg rendah nilainya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enap I | sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar, endap, endapan; mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak, mengendap; mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mengendapkan; enapan 1. enap; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa; pengenapan proses mengenap atau mengenapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemendapan | proses dsb mendap; endap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendap | turun ke bawah dan bertimbun di dasar, mendak; mendapan segala benda (spt lumpur, pasir, dll) yg mendap; pemendapan proses dsb mendap; endap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |