Pantun |
Sumber |
Tema |
Semak halaman berpagar buluh, Tanam kundur ulam pegaga; Emak bapa asyik bergaduh, Anak tidur asyik terjaga. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Cempedak di tengah halaman, Terliuk-liuk cabangnya dahan; Kami tegak di tengah halaman, Untuk menyejuk-nyejukkan badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cempedak di tengah halaman, Uratnya patah tindih-menindih; Janganlah tegak di tengah halaman. Naiklah ke rumah makan sirih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cempedak di tengah halaman, Tegak sebatang terdiri-diri; Mengapa tegak di tengah halaman, Hari nan sedang tengah hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Serai serumpun di tengah halaman, Tempat murai menjejak kaki; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal pangkalan tempatku mandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Mengapa cempedak di tengah halaman, Urat melantas di bhalik rumah; Mengapa kami tegak di halaman, Disangka si kaya tiada di rumah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Baik-baik menyapu halaman, Jangan tersapu jambangan bunga; Baik-baik lepas di tangan, Lepas dari tangan orang nan punya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sapu lidi penyapu halaman, Supaya mata puas memandang; Pilu hati menrindukan tuan, Hamba berdoa lekaslah pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Urat kayu tengah halaman, Bila terbelah menjadi kayu; Adat Melayu zaman-berzaman, Bila tersalah berilah tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Serai serumpun tengah halaman, Tempatlah murai berulang mandi; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal laman tempatnya mandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |