Pantun |
Sumber |
Tema |
Naik bukan sebarang naik, Naik haji ke tanah suci; Baik bukan sebarang baik, Baik hati semua memuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang Daik pergi belayar, Bekas habis tiada takut; Orang baik hati penyabar, Muka manis bicara lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang Daik pergi ke ladang, Menanam padi sehingga senja; Orang baik hati penyayang, Menanam budi tiada berkira. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana kalau tak ikat, Kait dengan duri-durinya; Bagaimana aku tak ingat, Orang baik hati budinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Biarlah orang merendang angsa, Kita merendang itik serati; Biarlah orang memandang bangsa, Kita memandang nan baik hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk, Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Baik-baik memanggang ikan, Salah-salah menjadi arang; Baik-baik abang berjalan, Salah langkah hati bercabang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baik-baik berjaja ikan, Ikan lepas kita merugi; Baik-baik menjaga iman, Iman lepas binasa hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Baik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| hati (kata nama) | Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;, | | Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, |
|
Puisi |
---|
|
Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 332 Look before you leap Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi padang perahu di lautan, padang hati di fikiran . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|