PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
glow peak | | | Pengujaan sesuatu cahaya yang dihasilkan oleh bara bagi sesuatu bahan. Puncak ini berada pada lengkung keamatan pancaran cahaya termopendarfluor melawan suhu pemanasan suatu gugusan sebatian yang terperangkap dalam suatu hablur. Puncak ini berpadanan dengan tenaga yang diperlukan untuk menyahperangkap pembawa cas dalam sebatian berkenaan. Contohnya, kadmium sulfida (CdS) dalam hablur ziolit Y dan protein aekuorin pada ubur-ubur A. Victoria bertindak dengan ion Ca2+ yang memberikan dua puncak bara utama pada 395 nm (uv) dan minor pada 475 nm (puncak bara biru). Puncak bara biru ini menyebabkan protein berpendafluor hijau pada ubur-ubur tersebut memberikan kilauan cahaya hijau. |
anaglyph generator | | | Peranti yang menghasilkan gambar anaglif, iaitu imej tiga dimensi (3D) menerusi pengkomputeran canggaan trigonometri ke atas imej yang dipamerkan dalam warna tertentu. Gambar 3D ini penting bagi memudahkan analisis data dan membezakan ketinggian puncak titik berdekatan. |
|
Puisi |
---|
|
Nyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti.
Lihat selanjutnya... |
|