PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
logic gate | | | Peranti elektronik yang melaksanakan operasi logik pada isyarat input dan menghasilkan output logik tertentu. Dalam nanoteknologi, peranti ini terdiri daripada susunan molekul yang dapat bersifat sebagai suis. Contohnya, molekul rotaksana. |
microfluidics | | | Bidang yang mengkaji ciri bendalir pada skala mikro yang berbeza dengan ciri pada skala makro. Ciri ini termasuklah ketegangan permukaan, pelesapan tenaga dan kelikatan bendalir. Bidang ini penting dalam pembuatan alat automatik operasi kimia yang bersaiz kecil. Dalam bidang perubatan, kajian ini digunakan untuk memindahkan sel dari satu tempat ke tempat lain menggunakan saluran berisi cecair. |
nanoflash memory device | | | Alat yang serupa dengan MOSFET. Peranti ini terdiri daripada tiga terminal, dua daripadanya ialah get tersusun di atas satu sama lain. Elektrod teratas merupakan get kawalan, manakala elektrod di bawah ialah get terapung yang terganding secara kapasitif dengan get kawalan. Operasi sel ingatan melibatkan peletakan cas atau pembuangan cas pada get terapung, berpadanan dengan dua paras logik. Peranti ini menggunakan nanozarah tunggal atau berganda sebagai unsur penyimpanan cas. |
adenosine triphosphate (ATP) | | | Molekul biologi yang terdiri daripada tiga komponen, iaitu molekul gula, ribosa pada pusatnya, serta molekul adenina dan molekul kumpulan fosfat pada sisinya. Molekul ATP bertindak sebagai bateri kimia, menyimpan tenaga apabila tidak diperlukan dan membebaskan tenaga serta-merta apabila organisma memerlukannya. Molekul ATP merupakan pemacu kepada operasi nanomotor biologi. Sinonim molekul ATP. |
|
|