PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
cross section | | | Potongan lurus sampel pada sudut tepat ke paksi. Keratan rentas sampel disediakan dengan menggunakan mikrotom yang berfungsi sebagai pemotong sampel bersaiz ultranipis. |
Arrhenius plot | | | Satu plot garis lurus ln y melawan 1/T (atau 1/kT) bagi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea= tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Persamaan Arrhenius berlaku untuk kebanyakan proses terma seperti pemancaran elektron dari suatu dawai panas dan pertumbuhan kultur bakteria. Plot Arrhenius sangat berguna untuk menentukan tenaga pengaktifan sesuatu proses. |
small-angle scattering | | | Kaedah serakan berdasarkan pesongan sinaran terkolimasi daripada trajektori lurus selepas tindak balas dengan struktur yang lebih besar daripada sinaran panjang gelombang. Pesongan yang terjadi adalah kecil (0.1 10) dan dinamakan sebagai sudut kecil. Teknik ini memberi maklumat tentang saiz, bentuk dan orentasi struktur sampel. |
|
Tesaurus |
---|
| lurus (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terus: jurus, langsung, lempang, Berantonim dengan bengkok
2. Bersinonim dengan benar: jujur, ikhlas, tulus hati, suci, mustakim, sadik,
| Kata Terbitan : selurusnya, meluruskan, kelurusan, |
|
Puisi |
---|
|
Daun sirih jangan dikait, Kalaulah kait mematah layu; Telunjuk lurus kelingking berkait, Itu pepatah orang Melayu.
Lihat selanjutnya... |
|